Aug 24, 2009

Value Of Friendships!


Dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa pun kecuali diri kita sendiri,kegembiraan,kesakitan,kesedihan dan kekecewaan atas apa yang berlaku hanya kita je yang dapat merasainya akan tetapi dalam diri kita,kita masih beruntung kerana kita masih mempunyai seorang sahabat yang boleh memahami diri kita..

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran darinya begitu juga lah dia akan tetapi kita sering terlupa akan hal itu..Kita hanya mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita sahaja,,kita rasa dikhianati apabila dia memunkiri janjinya,,kita tidak memberi ia peluang untuk menangis bersamanya,,bagi kita itu sekadar alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri semata-mata..

Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita hanya manusia biasa dan sering terlupa akan janji-janji yang telah kita buat..Tetapi untuk kita ,,kita memberi berjuta alasan dan memaksa ia menerima alasan itu.,

Untuk itu fikirlah perasaanya untuk seketika..Seperti kita juga Dia mempunyai rasa kecewa tEtapi kita sering terlupa untungnya kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa disisi kita sewaktu kita memerlukanya..Dia akan mendengar segala luahan perasaan kita disaat kita rasa kecewa,,ketakutan,,harapan dan impian yang kita luahkan..tIdak cukup dengan itu dia juga menberi jalan sebagai laluan penyelesaian bagi setiap masaalah kita.

Selalunya kita sering bercerita tentang diri kita sehingga kadang-kadang kita lupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,pernahkah kita memberi dia peluang untuk dia menceritakan rasa bimbang dan takutnya..Pernahkah dIA diberi peluang untuk menenangkan dirinya,,sebagaimana dia menyabarkan kita..Ikhlas kah kita bila mendengar tentang kejayaanya dan berita darinya..Boleh kah kita menjadi bahu untuknya sandarkan harapan..

Fikir dan tolong lah walau sekali jadi lah seorang sahabat yang hanya mendengar tentang ceritanya..cipta lah sedikit ruang untuk mengambil hati dan perasaanya walau hanya sekali..Kita harus fikir tentang hati dan perasaanya kerana dIA juga seorang manusia yang mempunyai pelbagai kelemahan seperti kita..Bukanya dia datang dari golongan malaikat yang tidak mempunyai kelemahan..

Dia juga mempunyai perasaan dan masa takut,,bimbang,,kecewa dan sedih..Dia juga ada kelemahan tersendiri dan dia juga memerlukan seorang sahabat sEpertimana kita memerlukan kekuatan seorang sahabat itu..Kita selalu melihat dIA tabah tetapi sebenarnya dia tidak setabah yang kita fikirkan..

Disebalik senyumannya munkin tersiratnya seribu kekeliruan yang tidak mampu kita fikir dan selesaikannya..Untuk itu kita fikirlah bahawa sahabat kita itu adalah seperti kita yang sentiasa diperlukan antara satu sama lain dan menghargainya bagi bernilainya sebuah persahabatan itu..

1 comment:

  1. brnilai nye satu hubungan pershabatan..
    so korang kne jge smpi ble2 tau..
    fren 4eva..

    ReplyDelete

What u guess?