Aug 21, 2009

BaCa iNi Jika Anda SedaR Anda HaMba-Nya

Renungan utk semua...renunglah betapa kecilnya
kita di bumi Allah ini...
Jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan
peringatan buat kita semua...

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi...
Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi...
AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan
hanya menunggu mangsanya saja. 
Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
Sebab dia dah lapar sangat..

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di
depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si
hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba
ALLAH ni bergayut pada tali tu.Tali tu pendek jer.
Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di
mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si
hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di
bawah perigi.

AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram
dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2
ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni.
Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau
dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari
lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali
yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,
kurang ajar punya tikus.
Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai
kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi
satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi
mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek
harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke
bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak
selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu
bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu.
Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat
lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke
dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah
nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa
manisnya ni. Sedapnya.

SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu
si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya
di bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah
kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal
memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah
Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam
kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya
maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang
dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh
setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam
mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH.
Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM...
 

No comments:

Post a Comment

What u guess?