Aug 31, 2009

MERDEKA!!!!!

Salam Kemerdekaan Buat Seluruh Warganegara Malaysia...
Adakah anda rasa anda benar2 telah menggapai kemerdekaan yg sebenar???

Tepuk dada tanya hati..
Jangan sampai tergadai diri...
Sanggup berkorban sampai mati...
Demi membela budi pekerti...

2009..sudah menjangkau 52 tahun kita yg kononnya telah merdeka..tapi bagi yang benar2 mempunyai prinsip sendiri tentang erti merdeka itu..semestinya tetap dengan pendirian mereka bahawa kita masih belum merdeka...

Merdeka...bebas dari jajahan..bebas dari kekangan..
Tetapi adakah semuanya berpihak pada kita Rakyat Malaysia?
Bagi aku..aku agak merdeka kerana mampu berfikir dan mampu membuat andaian aku sendiri tanpa perlu pertikaikan apa yang bakal org suarakan dengan apa yg aku mahu...
bagi sesetengah pihak yg masih menganggap Merdeka itu sekadar shj mungkin Merdeka itu hanya salah satu sambutan setiap tahun yg akan diraikan oleh segelintir..
Aku sendiri tidak pernah menyambut hari merdeka..hanya sekadar terjelepok depan televisyen mengikuti rancangan2 berunsurkan kemerdekaan...konsert,bacaan puisi..

Apa kata kalau kita ubah acara itu dengan Solat Sujud Syukur 1 Malaysia bagi menyatakan kesyukuran kita pada Maha Pencipta kerana diberi peluang untuk hidup dengan aman dan tenteram dalam Malaysia...Tak best kan idea aku..lagi best kalau dapat tengok konsert..pegi clubbin'..overnight dgn couple masing2..makan2 minum2..lepak2..

Apa pandangan anda tentang acara yang ingin anda lakukan bagi menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun?

Salam Kemerdekaan Buat Anda Semua!!!

Aug 30, 2009


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg ke-22 tahun Buat Babah & Ma..
Semoga berbahagia hingga hujung nyawa...
Ayong mendoakan kebahgiaan babah & ma selamanya..
Ayong sayanggggggggggggg sgt2 kt babah & ma..
Terima kasih atas segala pengorbanan yg telah dicurahkan kepada Kami,anak2mu..
Ayong,Angah,Achik,Anie,An,Atieqa..

Aug 28, 2009

Tiada Yang Sempurna...


Cinta Sempurna 
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Jom Solat Terawih Jemaah 
@ Masjid An-Nur ADTEC BP malam ni k..
 Buat warga ADTEC BP  
Sama-sama kita mengimarahkan 
Rumah Allah 
Jumpa Anda Disana...

Aug 27, 2009

Etika Dan Adab seorang Blogger

Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini .

Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

dipetik dari episodeperjuangan.blogspot.com/

7 Ramadhan 1430H


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada  , sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka
orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan
Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid
Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh
ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi
Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari
Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara
di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti
kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

 Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar&rsquo

Aug 25, 2009

4 Ramadhan 1430H

Pejam celik kita dah pon 5 hari Puasa..tu bagi yg betol2 puasa la kan..yang xpuasa tuh sendiri mau igtla..
Alhamdulillah..Aku masih diberi peluang utk merasai kenikmatan bulan yg penuh kemuliaan ini...
Dalam pada kita menikmati Ramadhan yg mulia nih..sementara berpeluang hargailah ea..
sbbnye,kita xkan pernah tawu sampai bila kita diberi peluang keemasan speerti ini...

Entah sempat ke tak kita nk sambut bulan syawal pon belum pasti kan..huhuhu...doa2 lah moga kita dipanjangkan umur..diterima setiap ibadah yang dijalankan dan diampunkan atas dosa2 lalu yg pernah kita  lakukan...

Babah,mak..ayong rindula..
hari2 call pon xleh wat ayong ubat rindu nih..
rindu kt baby tiqa yg bulat tu ha..dpt dgr die merengek jer on d phone..
Deq An pon ayong rindu sgt2...ader ke patot ayong call die tanya sal game GTA & crazy taxi...
Xpatot Xpatot..hehehe..xpela..t ayong carikan k syg..

Angah tu sahor ja liat bangon..dah 5 minit nk abes ang  bru la nak celik mata..ayong jenoh gerak..mcm2 gaya..geletek dah,tarik rambut dah..piat tinga pon dah..xmo gak bangun..

Aug 24, 2009

Value Of Friendships!


Dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa pun kecuali diri kita sendiri,kegembiraan,kesakitan,kesedihan dan kekecewaan atas apa yang berlaku hanya kita je yang dapat merasainya akan tetapi dalam diri kita,kita masih beruntung kerana kita masih mempunyai seorang sahabat yang boleh memahami diri kita..

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran darinya begitu juga lah dia akan tetapi kita sering terlupa akan hal itu..Kita hanya mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita sahaja,,kita rasa dikhianati apabila dia memunkiri janjinya,,kita tidak memberi ia peluang untuk menangis bersamanya,,bagi kita itu sekadar alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri semata-mata..

Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita hanya manusia biasa dan sering terlupa akan janji-janji yang telah kita buat..Tetapi untuk kita ,,kita memberi berjuta alasan dan memaksa ia menerima alasan itu.,

Untuk itu fikirlah perasaanya untuk seketika..Seperti kita juga Dia mempunyai rasa kecewa tEtapi kita sering terlupa untungnya kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa disisi kita sewaktu kita memerlukanya..Dia akan mendengar segala luahan perasaan kita disaat kita rasa kecewa,,ketakutan,,harapan dan impian yang kita luahkan..tIdak cukup dengan itu dia juga menberi jalan sebagai laluan penyelesaian bagi setiap masaalah kita.

Selalunya kita sering bercerita tentang diri kita sehingga kadang-kadang kita lupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,pernahkah kita memberi dia peluang untuk dia menceritakan rasa bimbang dan takutnya..Pernahkah dIA diberi peluang untuk menenangkan dirinya,,sebagaimana dia menyabarkan kita..Ikhlas kah kita bila mendengar tentang kejayaanya dan berita darinya..Boleh kah kita menjadi bahu untuknya sandarkan harapan..

Fikir dan tolong lah walau sekali jadi lah seorang sahabat yang hanya mendengar tentang ceritanya..cipta lah sedikit ruang untuk mengambil hati dan perasaanya walau hanya sekali..Kita harus fikir tentang hati dan perasaanya kerana dIA juga seorang manusia yang mempunyai pelbagai kelemahan seperti kita..Bukanya dia datang dari golongan malaikat yang tidak mempunyai kelemahan..

Dia juga mempunyai perasaan dan masa takut,,bimbang,,kecewa dan sedih..Dia juga ada kelemahan tersendiri dan dia juga memerlukan seorang sahabat sEpertimana kita memerlukan kekuatan seorang sahabat itu..Kita selalu melihat dIA tabah tetapi sebenarnya dia tidak setabah yang kita fikirkan..

Disebalik senyumannya munkin tersiratnya seribu kekeliruan yang tidak mampu kita fikir dan selesaikannya..Untuk itu kita fikirlah bahawa sahabat kita itu adalah seperti kita yang sentiasa diperlukan antara satu sama lain dan menghargainya bagi bernilainya sebuah persahabatan itu..

Aug 23, 2009

Untuk Si Dia Yang Ku Chenta...

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah... 
Seandainya telah Engkau catatkan, 
Dia milikku tercipta untuk diriku, 
Satukanlah hatinya dengan hatiku, 
Titipkanlah kebahagiaan antara kami, 
Agar kemesraan itu abadi ... 

Ya Allah...
kumohon apa yg telah engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku..
kerana hanya engkau tahu apa yang tersirat di hatiku..

Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini, 
Ketepian yang sejahtera dan abadi, 
Maka jodohkanlah kami... 

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, 
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku, 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan... 

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... 
Berikanlah aku kekuatan, 
Menolak bayangannya jauh ke dada langit, 
Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, 
Walaupun tanpa bersama dengannya... Ya Allah yang tercinta... 
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, 
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, 
Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, 
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... 

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, 
Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, 
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran, 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, 
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, 
Ke jalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah... 
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, 
Dan peliharalah kami dari azab api neraka, 
AMIN... AMIN... AMIN... YaRabbal'aalamiin






Al-Fatihah

Aku ingin berkongsi kesedihan....

1 Ramadhan lalu..
Sahabat seperjuangan merangkap senior ku..
Telah kembali ke rahmatullah menyahut panggilan Illahii..
Tergamam saat aku mendengar khabar berita itu...

Tak pernah disangka dan  itulah dikatakan takdir Allah yang menentu segala..jodoh pertemuan,ajal dan maut kita..

Aku sgt tersentuh kerna aku baru sja mengenalinya dan bertegor sapa saat arwah berada d semester akhir di cni..
Arwah sorg yg sgt ceria..Suka bergurau senda dan disenangi rakan2 lain..
Aku mengagumi hasil karya tangannya dan ilmu yang ada padanya..dan berniat ingin mencungkil sedikit pengetahuan darinya..namun..
tak berkesempatan kerana ada Dia yang lebih menginginkan & menyayangi Arwah..

Aku turut sedih dengan perkhabaran itu lalu terus ku sedekah kan Yassin & Alfatihah moga2 roh arwah dtempatkan dkalangan org yg soleh..
Sebak hatiku bila memikirkan saat kita gembira menyambut bulan yg mulia dan penuh keberkatan ini ada pula yg bakal bersedih..
Entah kenapa aku turut mengalirkan air mata..walaupon aku lnsung xrapat dgn Arwah...
Terus ku terpikir andai aku ditempatnya..bersediakah aku utk itu semua..Allahuakhbar..Panjangkan umurku Ya Allah..

Kawan2 yg mengenali Arwah Fahmi..sama2lah kita 
doakan kesejahteraan beliau disana 
kerna kita bakal menyusul selepasnya..

Fahmi..
Tenanglah kau disana..
Kami akan menyusul langkahmu..kami akan menyusul..
Berbahagialah kau disana..
Sejahteralah keatasmu..


Sahabat..
Kita yg masih diberi pluang utk menikmati kehidupan didunia yg indah ini...
hargailah kehidupan anda dengan sebaiknya..
Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati esOk nya..

Kita didunia ini...
Hidup Bukan Utk Hidup..
Tetapi Hidup Utk Yang Maha Hidup..
Hidup bukan Utk Mati..
Tapi Mati itulah utk hidup..
Jangan Takut Mati,
Jangan Cari Mati,
Jangan Lupakan Mati,
Tapi..
Rindukan Mati..
Kerna Mati adalah pintu berjumpa dengan Allah.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup..
tapi mati adalah awal cerita..
Maka..
Sambutlah kematian dengan penuh 
Ketakwaan..
 

Aug 21, 2009

BaCa iNi Jika Anda SedaR Anda HaMba-Nya

Renungan utk semua...renunglah betapa kecilnya
kita di bumi Allah ini...
Jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan
peringatan buat kita semua...

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi...
Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi...
AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan
hanya menunggu mangsanya saja. 
Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
Sebab dia dah lapar sangat..

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di
depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si
hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba
ALLAH ni bergayut pada tali tu.Tali tu pendek jer.
Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di
mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si
hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di
bawah perigi.

AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram
dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2
ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni.
Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau
dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari
lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali
yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,
kurang ajar punya tikus.
Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai
kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi
satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi
mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek
harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke
bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak
selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu
bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu.
Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat
lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke
dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah
nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa
manisnya ni. Sedapnya.

SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu
si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya
di bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah
kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal
memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah
Malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam
kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya
maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang
dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh
setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam
mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH.
Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM...
 

Aug 20, 2009










Assalamualaikum...

Salam Pagi Jumaat..

Sebentar lagi kita akan mengakhiri bulan Syaaban.Sy begitu teruja untuk menikmati keindahan bulan paling mulia..iaitu Ramadhan...

Bersyukur ke hadrat Allah...Sy masih diberi peluang untuk bernafas kala ini bgi menjalankan tanggungjawab selaku hamba Allah di muka bumi ini..Tp..Sy cedeyh sgt2..Ramadhan kali ini sy xdapat memulakannya bersama keluarga tercinta yang nun jauh di Utara Tanah Air..

Untuk Mak...Babah...

Ayong rindu mak...Ayong rindu Abah sgt...Semalam Ayong EmO jer..time bacaan Yassin..terbayang wajah2 sOrg2 ahli keluargaku...

Mak....Abah....Angah...Achik...Anie...An...Atieqa....

AyOng Rinnnnduuuuuuuuuuuuu Semua....

Huhuhu..Ayong nak balik...tp..xberkemampuan sbb byk sgt kOmitmen..

Adikku Angah...

Angah..Ayong harap Angah jadi Anak Lelaki SulOng yang baik...

Angah ada t'jwb yg sgt besar...Utk jg Adik2 kita...

Ayong hrp Angah xda dendam ngan Ayong sbb Ayong salu cari salah & tegur Angah kan...Tp..Ayong ikhlas & niat ayong nak Angah sedar & jadi Anak Mak Babah yg baik...Jadi la contOh terbaik utk Adik2..

Tahun ni Angah nk SPM..sO..dOa AyOng...

Buat yang terbaik...Jadi terbaik antara yg terbaik...

Solat jgn tinggal...Jgn buat Mak & Abah sedih2 yer Angah...

Adikku Achik...

Adik Ayong yang sOrg nih...Byk berubah sejak akhir2 nih..

Ayong nak mintak maaf...klu ayong terkasar bahasa dalam ayong menegur Achik...

Ayong syg Achik..Syg sume Adik2 ayong..klu ayong xsyg xde pasal ayong nk tegur & nasihat Adk2 Ayong...Pina...Ayong harap Pina jd anak yg baik yer...

Achik..AyOng harap Achik leh renungkan aper yg ayOng dah ckpkan on text arituh..Achik dah besarkan..Achik adik lelaki ayong & satu hari t achik kena didik adk2 laki & perempuan..sO..ayong harap sgt achik dpt berfikir dgn matang yer deq.. 

Adikku Anie...

Anie la peneman ayOng..hehehe..Anie belajar rajin2 tau..

Tahun depan UPSR..sO..klu Anie dapat keputusan yg baik..ayOng ade hadiah utk Anie..Biarlah Rahsia dulu hadiah tuk...Jgn selalu gadOh ngan An k..Jg baby tqa baik2...

Adikku An...

Ayong sayang An..Pic2 ngan An plg byk & memenuhi ruang hardisk ayOng...tp tu dulu r kan..hehehe...skang baby tiqa menguasai lensa kamera..jgn jealous ea...heheh..tp syg ayong pd semua Adk2 ayong sama ja k...T ayong blk kite shopping raya sma2 k..kita p mam KFC,Pizza,& apa ja An nak...tu pOn lau An pOsa penuh..hehehe..

Adikku Atieqa...

Baby tqaku cyg...ayong rindu tqa sgt2 taw..ayong ckp happy bla dgr rengekan tqa on d phOne..cukup wat ayong ase nk nanges kuat2..huhuh..

Syawal tahun nih lebih meriah dgn kehadiranmu sayang...

T ayOng paksa mak jahitkan baju kurung kt tqa walaupon tqa kecik ag..heheh..TAK SABAR nak balik...!

mOoD:hOmesiCk!!!!

Saja Suka2

Bismillahirrahmanirrahim...

Actually i am very very very lazy girl...

Sumpah xtipu nyer..

Saja suka2 tuleh blog ni sbb tgk ramai member2 ada...

So sy rasa terpanggil plak untuk ikuti jemaah blogger nih..hehehe...

Hope that i can keep in touch wif all my skul mate..entah depa kenai aku ka x kan..huhuh...

Juz Started!!

Salam Ukhwah Buat Semua...