Sep 29, 2009

OJT time!!!!

SO MANY WORKS TO DO!!!!!!!
DONT HAVE TIME UPDATING BLOG...
huhuhu...MISS TO BLOGGING!!!!

Sep 17, 2009

Ku Simpan Segala Kenangan....

Selamat tinggal ADTEC BATU PAHAT...
huhuh..sedih membelengu hari2ku..
Selamat tinggal Staff2 ADTEC..
Selamat tinggal Embun Corner..
Selamat tinggal Bandar Batu Pahat..
Selamat tinggal Dataran Penggaram..
Selamat tinggal BP Mall..
Selamat tinggal Summit BP..
Selamat tinggal Carefour BP..
Selamat tinggal Terminal Bas BP..
Selamat tinggal CIMB Bank BP..

Penghargaan Buat Semua Warga ADTEC.
Terima Kasih kepada Semua..
2 tahun yang terindah..Sweet Memory..

Sep 14, 2009

Kenangan Terindah....ADTEC...

Hanya tinggal 2 hari lagi untuk aku tinggalkan ADTEC ni buat sementara waktu..
Utk menjalani Latihan Industri..Nun jauh di utara tempat asalku..
Aku berat hati plak nk tinggalkan ADTEC nih..byk betul kenangan kt sini..
lagi2 kenangan bersama kawan2..Yang xmungkin aku dapat lupakan..
Huwaaaa...cedihnyer...xmo balek r camnih..hehe..

I like..

 Harga Diriku_Wali Band

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku kau tinggalkanku

                                                                                    Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah
Kau siang malamku
Kau tangis tawaku
Kau semua hidupku

Pandang aku
Pandanglah hatiku
Aku tak mampu
Melangkah tanpamu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku
Engkau harga diriku
Mengerti aku

Sep 13, 2009

Taubat Nasuha

:: TAUBAT :: 
Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:

1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.


Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku tidak membayar zakat. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???”

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat.

Seorang hamba yang merasakan bahawa dosanya terlalu banyak dan merasakan ianya tidak mungin mendapat keampunan daripada Allah swt akan menjerumuskan dia kepada perkara-perkara berikut :

Pertama: Tidak yakin pada luasnya rahmat dan magfirah Allah swt.
Firman Allah swt: “Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu (Al-A’raf: 156).

Kedua: Berkurangnya keimanan dan keyakinan terhadap qudrah Allah swt mengampunkan dosa hamba-hambanya.
Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang megetahui dan meyakini bahawa hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.

Ketiga: Lemahnya salah satu perasaan yang patut ada pada diri seorang hamba iaitu Ar-raja’ (berharap).
Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.

Keempat: Tidak berusaha untuk bertaubat dan memohon keampunan bagi menghapuskan dosa-dosanya.
Rasulullah saw bersabda: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya seumpama tidak ada dosa bagi dirinya.”


Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat. Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).

Sep 12, 2009

Cantik Seorang Wanita...

Cantiknya seorang wanita itu,
 sebagai gadis bukan kerana merah kilau
 lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus
 menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh
 iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai anak tidak menjerat diri pada
 kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai menantu menjauhi persekongkolan
 ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai ibu membuai anak di kala suami
 menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu
,
 sebagai mentua telus hati mengagih kasih
 setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai nenek menjaring teladan para anbia
 buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai akidah solehah mengandam rindu
 kekasih pasrah di atas sejadah...

Sep 10, 2009

Ku Panjatkan Kesyukuran..

Alhamdulillah...

Akhirnya Projek Tahun Akhir group aku telah berjaya dilaksanakan..
10 Sept. 09...Final Presentation Day..
Fuh..Nasib baik aku bukan jenis gelabah & gigil..
Selamber habis aku present smalam...ayat chantek nyer atur..Berkat restu & doa mak
Petangnyer plak,demo projek..Alhamdulillah..syukur pada Yang Esa..
Semua berjalan mengikut perancangan..Yeah..



Panel2 memberi respon yang baik kepada kami semua...
Syukur sgt dapat panel yg byk bg semangat utk kami terus capai kejayaan..

Semoga apa yang dikomen dijadikan semangat utk terus belajar & belajar..
Doa buat Sahabatku
___________________

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya,
terangihatinya dengan nur pancaran iman...

Ya Allah...
Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,
dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu...

Ya Rabbana...
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada
melabuhkan hatinya pada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...

Ya Muhaimin...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kejalan-Mu...

Ya Allah Yang Tercinta...
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga
melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi
dan kasih sejati hanya untuk-Mu

Ya Allah...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,
kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia
dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
Bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau
bahagiakan hati-hati hamba-Mu yang lain...

AMIN

Sep 9, 2009

How Old R U???

Bayi2 80-an!!Untuk bacaan pada masa lapang...
Enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah
dulu...
Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, flashman, gaban,
satria baja hitam, Chipmunks and
Mickey
Mouse. Not to forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm,
mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah.
ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak
galakkan budak2
time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang
warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek
kat
kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular
utk meluangkan masa
dgn
family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah
Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka
stoking
tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket
wayang pun
5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum
Kum, UFO, O-Ya,
Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy
Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh
beli aiskrim ngan
apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje
skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan
(RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani,
PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup
botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube
aiskrim, ada byk2
color
tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun
kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan
nye
lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife
nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan
ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2
baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah
komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan
diorg
skarang tak reti
nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt
universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan
korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa,
seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time
kecik2,
nakal2 dulu...


Yaa, kite pun dah semakin tua!Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

Sep 8, 2009

Cnet Crew Sem 6..Best!

19 Ramadhan 1430H

Huwaaa..kejap je dah nak rayer...hehehe..
i'm sO excited giler kentang!!!!sumpah...xsabar nak rayer...
hati aku dah kt umah nih...kt ADTEC ni tinggal jasad jew..hehehe..

Mak Ku...
Baju ayOng dah siap ke belum???
Mesti shantek giler kan..Dont Be Jelous k kekawan..lau aku vogue gile raye nih..hehehe..
Tema Syawal kali ini ialah : Krim
Shantek Shantek..Sangat Suke..Lagi2 my luvly mOm n d'most pretty wOman yang jahitkan..xsabar xsabar..

Abah ku...
Mesti best kan mak dah siapkan baju aye selaku present bufday babah kan..
Siap cook special dish ag time bebuke..waaaa..jelez2..ayong xdpt bebuke sma2.. 
Suka la tuh..sengeh manjang..hehehe..
Encem gile r babah aku t..aip aip..xmO nakai2 ea babah..hehehe..

Adik2 ku..
Dont worry keyh..
Mak ite dah ciapkan baju2 raye kite sume..ite relax sudah..hehehe
Banyak la korang punyer rilex...!
Xde maknenyer nk rilex..ayOng sampai aje umah t..
Ayong akan bahagikan tugas2 kt korang...
Hah!hambek korg..MIMPI NGERI korg akan tba xlama ag..hehehe...

Ya Allah..
Kami Mohon padamu...
Kekalkanlah kebahagiaan kami sekeluarga..
Berikanlah kami nur & hidayah mu..
Berkatilah hidup kami semua Ya Allah..
Sihatkanlah tubuh badan kami..
Panjangkan umur kami Ya Allah..
Redhailah kehidupan kami..
Jauhi kami dari lalai dan melupakan Mu Ya Allah... 
Aturkan langkah2 kami menuju jalan lurusmu Ya Allah..
Bimbing hati2 kami dari tersasar menjauhimu Ya Allah..
Kami mencintaimu sepenuh hati kami..
Amin...






Sep 5, 2009

16 Ramadhan 1430H

Masa berlalu begitu pantas...
Tak lama lagi aku akan menamatkan pengajian di Adtec..
Macam kejap jer..dah 2 tahun..huhu.. :'(
Rasa mcm bru je smalam minggu orentasi..
Banyak kenangan kt cni..Pahit,manis,masam,masin...
Kawan2..telatah & ragam masing2..
Pengajar2..yg xpernah jemu mengajar aku yg agak slOw nih..hehehe

Thanks tO all my gOod friends..ctjoyah & Lin (My Best FRIENDS forever)
aKu syg korang sgt2..xternilai taw syg aku kt korg ber2..huhuh..poyo kan poyo kan..
alsO Thanks tO all my lec..En Heikal,Pn.Nik Mursila,En.Hisyam,Pn.SUhaila,En.Hanafe,Pn.Siti,En.Wan(Supervisor Terbaik)bodek2..hehe..dan semua r Pengajar & Staff kt ADTEC ni..

Kawan2..
T masing2 akan tempuh kehidupan baru (alam pekerjaan)..
Harap2 korang xkan pnah lupakan kenangan kita bersama..
Especially..Cnet Crew Sem 6 Group 2..Happy sgt2 ngan korg..
Last sem ni la aku rasa sayaaaannnggggggg sgt kt korg sume..huhu
Tp cdeyh gle cOz rindu kt kwn2 Group 1 yg tgh praktikal skang..
Entah dpt jumpe lagi ke x pasni..
Panjang umO aku..ader rezki kite jumpa lagi k kwn2..kite wat reunion k..

Dah dekat nk raya nih..hehehe..
Jom shopping raya..loan kan dah masuk..hehehe..
Jemput datang umah aku raya t..
Aku rasa berat ati je nak abes blaja nih..byk sgt kenangan kt cni..
Dah 2 kali puasa aku kt ADTEC ni..
Alhamdulillah..Semua OK..
Hope kenangan ni akan kekal dlm memori aku walaupon satu ari t kna format ke ape kan..heheh..

Sep 3, 2009

Dengan Nafas-Mu

 Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku


Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU


Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku


Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

Serius !!! Saya Suka Puasa!!!

Bila Puasa...Standard Juadah Berbuka Bila Stay Kat Asrama lebih kurang camnih r..
Bila puasa..Tujuan digandakan..bukan sekadar kewajipan..
tetapi sebagai semangat untuk menurunkan berat badan...hahahah..
Bila Puasa..Aktiviti tambahan ialah..
Of cOz la p Bazar Ramadhan..
Nafsu makan makin menjadi2..

Sep 2, 2009

 
Lepak-Lepak @ Dataran Batu Pahat 
   
Nora_Siti_Lina 

Final Project @ ADTEC

 
  
Alhamdulillah...
Semalam group aku dah selamat membentang pra-perbentangan projek akhir..
Ade la komen2 skit2 sal slide yg aku n group member aku wat..standard r kan..nobody perfect...
Tapi pe pon aku n group member agak berpuas hati sbb xbyk lagidah keje yg tinggal..
Thanks a lot to our supervisor En Wan Muhamad Hazwan..Beliau la yang byk membantu dan menjayakan projek kami..nak diharapkan isi kepala otak aku yang sememangnya xbrape nk bijak & genius nih xdapek nye nk siap..hehehe..
Hope for final presentation t..group aku akan wat yg terbaik..Aminnnn...
Doakan aku k...