Showing posts with label Kekuatanku...Tanpa Mereka...Siapalah Aku.... Show all posts
Showing posts with label Kekuatanku...Tanpa Mereka...Siapalah Aku.... Show all posts

Nov 27, 2009

Salam EidulAdha...

Erti pengorbanan...

Buat Ayahanda & Bonda Terchenta..
Ayong panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dikurniakan ma dan babah sesempurna anda berdua..
Terima kasih atas segala pengorbanan penat lelah ma & babah yang lansung tak berkira untuk mencurahkan segala kasih sayang yang ada pada kami adik beradik..
Terima kasih kerana sanggup bertahan dgn kerenah kami semua ma..babah..

Ma..thanks a lot..ma la tempat ayong kongsi cerita..mengadu bila breakup ngan die..mengutuk jiran2..hehehe..bagi komen n jadi juri xberbayar bila tgk program realitiy kt TV tuh..Thanks keyh ma..

Babah..terima kasih ayong ucapkan sebab bagi kami adik beradik makan minum yang tak pernah putus sampai kami semua mamp membesar dengan sihat..Thanks jugak sebab babah banyak support ayong..sanggup hantar & ambik ayong balaj jauh2..banyak berhabis utk ayong utk ayong terus cari ilmu..

Ma..Babah..ayong akan balas jasa ma & babah..selagi Allah beri peluang ayong untuk bernafas..
Ayong akan jaga ma & babah mcm ma & babah jaga ayong yang lebih 20 tahun hidup nih yer...
Angah,Achik,Anie,An & Atieqa..Ayong harap kite sama2 dapat buat ma & babah gembira..jangan sesekali buat mereka sedih & kecewa dgn tindakan kite..Please..ayong tak suka tgk ma sedih & membebel..bingit...hehehe..

Salam EidulAdha buat Semua 1Malaysia..
 

Sep 10, 2009

Doa buat Sahabatku
___________________

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya,
terangihatinya dengan nur pancaran iman...

Ya Allah...
Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,
dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu...

Ya Rabbana...
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada
melabuhkan hatinya pada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...

Ya Muhaimin...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kejalan-Mu...

Ya Allah Yang Tercinta...
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga
melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi
dan kasih sejati hanya untuk-Mu

Ya Allah...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,
kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia
dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
Bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau
bahagiakan hati-hati hamba-Mu yang lain...

AMIN

Aug 30, 2009


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg ke-22 tahun Buat Babah & Ma..
Semoga berbahagia hingga hujung nyawa...
Ayong mendoakan kebahgiaan babah & ma selamanya..
Ayong sayanggggggggggggg sgt2 kt babah & ma..
Terima kasih atas segala pengorbanan yg telah dicurahkan kepada Kami,anak2mu..
Ayong,Angah,Achik,Anie,An,Atieqa..