Jan 24, 2012

Doakan terbaik utk Abg Zizan..

Wah..tajuk.hehe..Assalamualaikum semua..mesti semua kenal Zizan RL kan..bila terbaca ja artikel dibawah..terharu plak rasa..ya la kan..sapa la sanggup tolak rezeki..tapi..rezeki tu Allah s.w.t yang bagi..disamping usaha kita..dan niat kita..klu baik insyaallah..bila2 pon rezseki tu leh mai kan kan kan..so...continue reading okeh!!!


Dipetik dari status founder wootmedia.my
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah,  juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

Jan 20, 2012

BEREHAT....

Heaven...
20hb-28hb...CUTI...
SILA JELES SEKARANG!!!
...........................................................
 .................................................................
...........................................................................................

 ...................................................................................
 ..................................................................................
..................................................................................... 
 ................................................................................
 ...................................................................................
 ...................................................................
........................................................................

Jan 8, 2012

Mampukah Aku Menjadi Aset kepada Emak & Abah Ku ???


Assalamualaikum..

Ustaz Don..thanks sebab mengingatkan saya...
hurm..kenyataan nya saya masih belum layak utk 
dijadikan aset utk emak dan abah...
emak..abah..ampunkan Ayong...huhu..
Ayong akan usaha ke arah itu..Insyaallah..
Masih belum terlambat..

Adik2 Ayong..marilah sama2 kita didik jiwa kita 
supaya emak dan abah kita
bahagia selamanya...Dunia dan Akhirat kelak...
10x saya hadap..10x jugak lah air mata ni jatuh..

Subhanallah..Alhamdulillah...
bertuah benar ibu bapa yg punyai zuriat dan 
pewaris yg berjaya menjadi
aset kepada mereka..

Kawan2..masih belum terlambat utk kita betulkan pegangan
dan cara hidup kita..Dunia hanya sementara..
Moga2 kita mampu menghadapi segala 
dugaan dan cobaan yg datang...

Amin...

Dec 16, 2011

Songlap Best wooo000oo!


SONGLAP
kerja kotor.sapu bersih



Filem yang kurang bunyik hiruk pikuk...sunyi..layan..jiwa-jiwa..tapi tak jiwang ok...kadang-kadang saja kedengaran setakat sepakan manja tendangan kuda sesama manusia...main sembelih sembelih..kalau dh nama cerita pon songlap...mesti la teraju utama menyonglap duit kan..macam tagline dia tu..kerja kotor.sapu bersih...Sam as Am..bekerja dgn keong,abg mat..pemerdagangan orang..bayi kira kilo.haha..Hawa..mangsa bapak hati menatang..membar gua buleh kata tak paham jalan cerita dia..hadoi...heheh..bkn setakat mangsa bapak..dia & baby kepada bapak dia pon hampir jd mangsa pemerdagangan org..best2..ceritera kehidupan..

Si Ad yang bercita-cita nk menang b-boy tak kesampaian...hati dia lembut tak macam si abang..yang tak leh terima si emak melacurkan diri..meninggalkan anak sedari kecil..




Ganaih-ganaih Si Am ni pon teriak jugak..adegan ni buat dia ditertawakan umum yang menonton sama gua tadi...hihihi..kasih sayang yang kasaq orang kata..mmg xrugi la p tengok..
sarat dgn mesej yang memerlukan kita fikir sejenak..
bahawasanya hidup ni tak semuanya indah seperti yang kita impikan...
Setiap insan di dunia ni..punyai takdir mereka sendiri..yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa..
Kita yang tidak senasib..malah miliki takdir yang baik..beruntungnya kamu..
Maka..bagi mereka yang di beri ujian dan cobaan oleh-Nya..perlu menganggap ianya suatu hikmah yang tidak semua orang dapat merasai nikmat sedemikian rupa..
Dengan itu..
Bersyukur dan terima segalanya dengan redha...

Dec 10, 2011

BORING2 NI BACA NI...

Cuba baca kisah lawak kat bawah nih.. Terbelit lidah nak menyebutnya.. Haha =)

CERITA HURUF "P"

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan … Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang …..
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa … Pup …. Pelita Padam

Husnul Khatimah Atau Su'ul Khatimah ?

Salam
Pilihan Anda?
Mari kita sama-sama berkongsi ilmu...
Husnul Khatimah [Pengakhiran yang baik]
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Dan pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka 
dan dimasukkan ke dalam syurga,
Maka ia telah berjaya."
(Surah Ali `Imran 3: 185)
Jika hidup berpandukan syariah dan hukum Allah..
Maka mendapatkan redha dari-Nya adalah
PASTI..



Su'ul Khatimah [Pengakhiran yang buruk]
Firma Allah s.w.t yang bermaksud :
"Katakan (Wahai Muhammad) : 
Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amalannya
Iaitu orang yang telah sia-sia usahanya di dunia ini,
sedangkan mereka menyangka mereka sentiasa betul
dan baik dalam setiap tindakan."
(Surah Al-Kahfi 18 : 103-104)
Sibuk dengan keduniaan?
Lupa ? Alpa ?
Siapa kita di dunia ini tanpa Dia ?
Kita hanya hamba yg diamanahkan utk
beribadah kepadaNya..
Maka..marilah kita sama-sama
mencari kerdhaan dan keberkatan
Ingat Allah..maka Allah akan ingat kita..
ITU JUGA PASTI..



Dec 6, 2011

Pergi Tak Kembali..

Salam Takziah buat Sahabatku Azah..
Sedekahkan Alfatihah untuk Arwah Ayah beliau yg telah kembali ke Rahmatullah pg td..
Semoga roh ditempatkan bersama org2 soleh..


Aku tau hang kuat Azah...Tuhan takkan uji hamba Dia kalau Dia tau kita tak mampu..
Ada rahmat disebalik semua dugaan tu..Semoga hang tabah menghadapi segalanya..
Amin...
.Al-Fatihah.

Dec 5, 2011

Apa yang patut aku perkatakan???

Hukum dan ciptaan Allah...patutkah kita ubah?
Bukankah kita patut terima segalanya dengan redha?
Bisakah kita persoalkan segala kejadian dan ketentuan dari Nya?
Apakah dengan alasan 'keadaan yang menyebabkan ia jadi begini dan begitu' kita berhak lawan qada' dan qadar Maha Pencipta???
Mungkinkan segalanya sudah ditentukan Allah...selaku hamba-Nya..
Kita perlu mendoakan yang terbaik..segalanya telas tertulis...



Lakaran Kehidupan by Chomel



Teman by Chomel



Ku Pergi Dulu by Chomel

Maafkan aku sekiranya penulisan aku kali ini membuatkan sesetengah pihak persoalkan kenapa aku ketengahkan insan di atas..bagi aku yang selalu menilai tanpa ketahui hal sebenar ia tidak boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang salah..ia hak jari masing-masing untuk menaip..tidak begitu??
Yang aku mampu..mendoakan mereka mampu kembali pada fitrah yang asal..
Amin..

Dec 3, 2011

Cargas kononnya!






 Last get involve dgn trekking,camping,jogging,dll -ing..ada la 1 or 2 years ago kot..lately..kwn2 slalu ajak jungle trekking..manjat sana sini..mula2 agak sceptikal..sbb lama dah tinggai outdoor xtvt nih..
I challenged myself.. aku start ikut member2 boy 1st p BM..Cherok To'Kun..Usung member2 yg tough nk join outdoor ni..termasuklah penulis blog yg agak femes emes dan buku cerita...Bozu..hehe..diteruskan dengan mendaki Bukit Bendera..2x kot..hadoi..best la..not bad..uji stamina..huk hak huk hak jugakla..tp aku banyak cover..nak nmpk fit punya pasai..hehe..apa pun..sbbkan slalu wat xtvt camtu..aku rasa lebih shat dari sebelumnya...sbb sebelumnya byk tido dari terjaga..haha..
Harap2 aku akan terus bersemangat..
Do not hot-hot chicken droppings wahai Nora...kah kah kah..

Lepak...