Showing posts with label Love To Share.... Show all posts
Showing posts with label Love To Share.... Show all posts

Jan 24, 2012

Doakan terbaik utk Abg Zizan..

Wah..tajuk.hehe..Assalamualaikum semua..mesti semua kenal Zizan RL kan..bila terbaca ja artikel dibawah..terharu plak rasa..ya la kan..sapa la sanggup tolak rezeki..tapi..rezeki tu Allah s.w.t yang bagi..disamping usaha kita..dan niat kita..klu baik insyaallah..bila2 pon rezseki tu leh mai kan kan kan..so...continue reading okeh!!!


Dipetik dari status founder wootmedia.my
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah,  juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

Dec 5, 2011

Apa yang patut aku perkatakan???

Hukum dan ciptaan Allah...patutkah kita ubah?
Bukankah kita patut terima segalanya dengan redha?
Bisakah kita persoalkan segala kejadian dan ketentuan dari Nya?
Apakah dengan alasan 'keadaan yang menyebabkan ia jadi begini dan begitu' kita berhak lawan qada' dan qadar Maha Pencipta???
Mungkinkan segalanya sudah ditentukan Allah...selaku hamba-Nya..
Kita perlu mendoakan yang terbaik..segalanya telas tertulis...



Lakaran Kehidupan by Chomel



Teman by Chomel



Ku Pergi Dulu by Chomel

Maafkan aku sekiranya penulisan aku kali ini membuatkan sesetengah pihak persoalkan kenapa aku ketengahkan insan di atas..bagi aku yang selalu menilai tanpa ketahui hal sebenar ia tidak boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang salah..ia hak jari masing-masing untuk menaip..tidak begitu??
Yang aku mampu..mendoakan mereka mampu kembali pada fitrah yang asal..
Amin..

Nov 24, 2009

Seandainya...

Seandainya kita mengerti maksud sebenar kehidupan...
Seandainya kita kenali diri kita yang sebenar...
Seandainya kita tahu sampainya ajal kita...
Seandainya segala andaian kita menjadi nyata...

Seandainya kita bisa membuatkan semua di sekeliling kita bahagia...
Seandainya kita bisa menjadi apa yang kita ingini...
Senadainya kita bisa menggapai bintang di langit...
Seandainya segala andaian bukan sekadar mimpi...

Alangkah sempurnanya kita jika segala andaian itu mudah bagi kita utk peroleh..
Andaian akan kekal sebagai andaian..
Hanya Takdir Mampu Mengubahnya...
Hanya Dia Maha Mengetahui..



Nov 22, 2009

Sedut Andai Sudi....

Rev0_p0rtable
This software easy to use..take it 0r leave it..up2u..hehehe

FormatFactory
Most great c0nverter!!!!