Mar 16, 2011

UpTrend2U..

DSLR adalah singkatan dari Digital Single-Lens Reflex. Kamera DSLR ertinya kamera digital yang menggunakan tindak balas kanta tunggal secara digital. Jurugambar akan melihat objek yang akan dirakam menerusi bingkai kaca atau biasanya disebut view-finder. Hasil gambar yang akan dirakam sudah semestinya sama dengan apa yang dilihat menerusi view-finder tersebut.


Gambar: Prinsip kerja DSLR [Sumber: WIKIPEDIA]

Cahaya yang masuk melalui kanta kamera (1) akan dipaparkan oleh cermin yang dipasang pada posisi condong 45 darjah (2) dan dipantulkan ke matte focusing screen (5). Melalui condensing lens (6) dan dipantulkan di dalam pentaprism (7), gambar objek kemudian akan terus dipaparkan ke kanta mata manusia (8). ketika kita menekan butang shutter(bidik) maka cermin (2) akan melipat ke arah panah,focal plane shutter (3) membuka dan kemudian gambar akan dirakam oleh sensor (4) dan dimasukkan ke processor, gambar kemudian disimpan di media penyimpanan (MMC dan sebagainya).

Pada kamera digital biasa, kita dapat melihat objek yang akan dirakamkan melalui panel LCD. Objek yang akan dirakam belum tentu sama dengan apa yang kita lihat menerusi panel LCD kerana panel LCD tersebut tidak sama dengan kanta mata manusia yang boleh melihat secara lansung keatas objek yang hendak dirakamkan.

Lensa kamera DSLR

Ketika membeli kamera digital biasa, kanta kamera sudah bersatu dengan badan(body) kamera. Pada kamera DSLR, kanta kamera boleh dibuka dan diganti. Oleh sebab itu, ketika membeli kamera DSLR kita akan ditawarkan samada membeli badan(body kameranya sahaja) atau kit(badan kamera + kanta kamera). Ada sesetengah kamera DSLR yang boleh dipasang kanta kamera dari jenama lain, ada juga yang khusus untuk satu jenama sahaja. Ada kamera DSLR yang dilengkapi dengan motor autofocus. Ada juga kamera DSLR yang tidak dilengkapi dengan motor autofocus menyebabkan kita terpaksa fokus secara manual atau membeli kanta kamera bermotor yang biasanya harganya lebih mahal.



keterangan lebih lanjut di : http://jaringseni.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

What u guess?