Sep 12, 2009

Cantik Seorang Wanita...

Cantiknya seorang wanita itu,
 sebagai gadis bukan kerana merah kilau
 lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus
 menggebu terdedah.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh
 iman kaum Adam.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai anak tidak menjerat diri pada
 kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai isteri merempuh badai di sisi suami.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai menantu menjauhi persekongkolan
 ipar lamai.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai ibu membuai anak di kala suami
 menjalin mimpi.

Cantik seorang wanita itu
,
 sebagai mentua telus hati mengagih kasih
 setara pada semua.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai nenek menjaring teladan para anbia
 buat cucu-cicit.

Cantik seorang wanita itu,
 sebagai akidah solehah mengandam rindu
 kekasih pasrah di atas sejadah...

No comments:

Post a Comment

What u guess?